Selasa, 29 September 2009

Rabu, 22 Julai 2009

Masalah tak dapat diselesaikan

BAGAIMANA & MENGAPA GEJALA SOSIAL TERJADI ?Globalisasi & Modenasasi

: Punca Gejala Sosial

Punca – punca utama yang mendatangkan gejala sosial adalah globalisasi dan modenasasi. Perubahan-perubahan pantas tahap nasional berlaku kerana perubahan pada arus global yang digelar globalisasi. Globalisasi tidak saja ditandai dengan dominasi ekonomi tetapi ia merentasi ke arah budaya dan pemikiran. Pembudayaan kota (
city culture. Menuruti landasan Barat berlaku dengan lebih pantas dan agresif dengan adanya teknologi maklumat dan multi media sebagai kenderaan yang amat berkesan untuk melakukan agenda globalisasi. Lazimnya, kita sebagai manusia mempunyai sifat ingin tahu terhadap perkara baru dan trendy,
yakni bukan dari budaya ketimuran. Tidak mustahil kita akan jatuh terpengaruh dan mengikut arah aliran kebaratan, terutama sekali golongan belia. Contohnya seperti mewarnakan rambut, memakai anting-anting atau
tattoo.Bahkan sampai kepada hal-hal yang sangat teruk seperti pengambilan minuman keras dan pergaulan bebas yang boleh menjurus kepada masalah – masalah gejala sosial yang lebih serius. Mungkin sesetengah orang menganggap ini merupakan satu fenomena yang biasa namun di negara yang masih berpegang teguh pada falsafah Melayu Islam Beraja (MIB) seperti Brunei Darussalam, ia merupakan satu perkara yang keterlaluan dan perlu dielakkan.

Globalisasi bergerak seiringan dengan modenasasi. Dalam dunia serba moden ini, masyarakat mementingkan prestij dan kemewahan; oleh sebab itu, mereka menjadi semakin individualistik dan materialistik. Bandingkan dengan masyarakat tradisional, masyarakat moden mempunyai cita-cita tinggi, kompetitif dan tidak lagi menganggap saudara-mara atau jiran-jiran sebagai kelompok rujukan, bahkan adat tradisional seperti memuncang-muncang juga sudah ditinggalkan. Bukan saja ini berpaling daripada budaya kita sebagai orang Melayu tetapi juga daripada tuntutan agama Islam.Ukhuwah atau persaudaraan adalah sesuatu yang amat dituntut dalam Islam memandangkan ianya akan dapat mengukuhkan perpaduan sesama manusia, khususnya sesama muslim.

Bentuk - Bentuk
Manifestasi Globalisasi & Modenasasi Yang Membawa Kepada

Gejala Sosial Dalam Masyarakat

Media Massa
Pengaruh modenisasi dan globalisasi in lebih terasa dan ketara dengan bantuan berbagai alat media-massa yang serba canggih. Media massa merupakan sumber maklumat yg cukup berkesan dalam penyebaran berbagai informasi. Melalui teknologi yang semakin canggih ini, golongan belia mudah terdedah kepada banyak maklumat, namun tidak semua maklumat- maklumat itu sesuai untuk kesemua peringkat umur.Ini menjadi masalah kerana lazimnya golongan belia mudah meniru dan mengikut hal yang dilihat di sekeliling mereka. Paparan adegan-adegan negatif dari filem barat menimbulkan perasaan ingin tahu dan ingin cuba sendiri mengikut apa yang ditonton.
Internet
Teknologi Informasi dan Komunikasi (ICT) juga turut menyumbang kepada pemaparan gejala-gejala negatif selain peranannya yang begitu penting bagi kemajuan sesebuah bangsa dan negara. Melalui internet umpamanya, masyarakat yang berfikiran kurang sehat dengan mudahnya boleh akses kepada maklumat-maklumat yang boleh menjurus ke arah pemikiran negatif.

Institusi Kekeluargaan Yang Goyah
Institusi kekeluargaan yang bermasalah juga boleh menimbulkan gejala sosial. Ibu bapa seharusnya menerap dan mendidik anak-anak mereka dari kecil. Sekiranya, ibu bapa bersikap sambil lewa terhadap pendidi kan agama anak-anak mereka, ini akan menjadi satu faktor punca gejala sosial.Dan lagi, dengan bertambahnya komitmen ibu bapa terhadap kerjaya mereka, masa diluangkan untuk keluarga itu terhad. Ini akan membuat anak - anak kurang mendapat kasih sayang dan tidak mustahil mereka akan mencari alternatif lain untuk mengisi kegersangan kasih sayang. Selain daripada itu, rumahtangga yang bermasalah juga, seperti perceraian dan pergaduhan turut mempengaruhi remaja untuk terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang tidak sihat.

Cara Berpakaian
Jika kita perhatikan pakaian sesetengah golongan muda di masa ini cukup memalukan. Cara berpakaian mereka bertentangan dengan cara pakaian budaya melayu sekali gus bertentangan dengan cara pemakaian yang digariskan Islam, agama rasmi negara kita. Mereka begitu ghairah untuk mengikut budaya asing yang dianggap moden dan maju. Mereka takut dan terlalu ego untuk dikatakan ketinggalan zaman, kuno, dan berfikiran sempit. Sayangnya, tidak semua dapat menerima pendapat bahawa mereka ada memainkan peranan dalam melonjaknya jumlah kes rogol dan seks bebas. Walaupun Brunei Darussalam sebuah negara MIB, kita tidak dilarang berfesyen, akan tetapi berpadalah dengan aturan dan garis panduan syarak dan budaya yang telah ditetapkan

KESAN – KESAN GEJALA SOSIAL TERHADAP MASYARAKAT

Semua ini membawakan kesan – kesan negatif pada budaya dan cara hidup kita. Kebudayaan secara umum merupakan identiti keperibadian bangsa. Kebudayaan merupakan manifestasi konkrit norma-norma dan nilai-nilai sebuah masyarakat yang membezakannya daripada masyarakat masyarakat yang lain yang mempunyai sistem-sistem nilai yang berlainan. Struktur kehidupan sosial masyarakat banyak berubah. Budaya moden telah mempengaruhi 'keolahan dan tingkah laku', cara berfikir termasuk penghayatan terhadap ajaran agama. Muda-mudi bergaul bebas, tidak menghiraukan batas-batas ajaran agama, tatasusila dan nilai-nilai murni ketimuran. Begitu juga dari segi pakaian.Gaya hidup moden juga menjadikan sebilangan masyarakat bersikap individualistik, mengabaikan sikap kekeluargaan, kejiranan dan bermasyarakat. Tradisi memuncang-muncang semakin pupus disebabkan urusan kenduri kendara dikendalikan menggunakan catering manakala peralatan sama ada disewa atau dibeli. Kebanyakan masyarakat ketika ini juga bersikap 'materialistik' untuk mengejar kemewahan dan kesenangan hidup

Sabtu, 18 Julai 2009

Jumaat, 17 Julai 2009

imej kreatif


Perabot kreatif

GENERAL CREATIVITY

Creativity and visual art in the early years

Summary: Information about introducing art and creativity within early years education
Visual art and children with sight problems
Creativity and curiosity
Curriculum Guidance
________________________________________
Visual art and children with sight problems
It’s not immediately obvious why blind and partially sighted children should benefit from producing visual art. Vision is, after all, the primary sense through which visual art is to be perceived. It could therefore be easy to assume that the creative energies of children with sight problems would be better expressed in activities that do not depend so heavily on the ability to see. The artist who can produce an almost photographic representation of an image is often perceived to be at the pinnacle of creativity.
Creativity and curiosity
However, as educators we must bear in mind that creativity is more to do with the processes that are used to arrive at the product than the product itself. The ability to make decisions and solve problems is at the core of this process and it is fundamental to all successful learning.
Much of a child’s early learning occurs through vision. Vision stimulates curiosity, imparts knowledge and encourages exploration. Children with a severe vision loss, therefore, may not respond to the environment in the same way. They will need additional stimulation to promote and encourage curiosity. Visual art activities can be one of the ways of providing a range of stimulating experiences for blind and partially sighted children.
Curriculum Guidance
The Curriculum Guidance for the Foundation Stage document suggests that in order to give all children the best opportunity for effective creative development practitioners should give particular attention to:
• A stimulating environment in which creativity, originality and expressiveness are valued
• A wide range of activities that children can respond to by using many senses
• Sufficient time for children to explore, develop ideas and finish working at their ideas
• Opportunities for children to express their ideas through a wide range of types of representation
• Resources from a variety of cultures to stimulate different ways of thinking
• Opportunities to work alongside artists and other creative adults
• Opportunities for children with sight problems to access and have physical contact with artefacts, materials, spaces and movements
• Opportunities for children with hearing loss to experience sound through physical contact with instruments and other sources of sound
• Opportunities for children who cannot communicate by voice to respond to music in different ways, such as gesture
• Accommodating children’s specific religious or cultural beliefs relating to particular forms of art or methods of representation
Apa pengertian kreativiti?

Manusia bisa saja jadi kreatif bila ditimpa musibah. Musibah barangkali menjadi masalah. Masalah pula bisa jadi peluang. Peluang bisa saja menjadi manusia berfikir. Berfikir yang kreatif dan positif. Akhirnya musibah adalah problem solving yang dikira menaikkan martabat otak manusia. Dalam sejarah tamadun manusia, Nabi Besar Muhammad SAW adalah contoh paling kreatif. Bila ditimba musibah di Mekah, beliau dan pengikutnya berhijrah(walaupun diwahyukan) tetapi musibah di Mekah itu menjadi peluang besar untuknya berhijah dan membina tamadun baru yang hebat. Banyak cerita-cerita kreatif berlaku sepanjang penghijrahannya, seperti peristiwa saidina Ali menyamar merupai baginda di tempat tidurnya. Begitu juga penyatuan kaum Muhajirin dan Ansar.

Malah tidak pernah berlaku dalam sejarah manusia bila kaum Ansar menceraikan salah satu isterinya untuk dikahwini oleh kaum Muhajirin semata-mata atas nama kasih sayang dan keimanan kepada Allah. Daya kreativitas Nabi itu telah ditunjukkan awal sebelum beliau diangkat jadi nabi ketika kepala suku kaum Quraisy bertelingkah siapakah yang paling layak meletakkan batu hajar Aswad. Empat kepala suku memegang 4 buju kain yang di tengah-tengah mengandungi hajar Aswad. Bila sampai ke Ke Kaabah Muhammad Al Amin mengambil batu itu langsung diletakkan di tempat asalnya. Perang Khandak juga adalah contoh paling kreatif bila Nabi Muhammad SAW mengiyakan pandangan Salman Al Farisi untuk menggali Parit (khandak). Sehingga pertempuran itu dimenangi kaum muslimin kerana kaum musuh tidak mampu menyerang kaum Muslimin. Banyak lagi cerita-cerita kreatif zaman nabi dan sahabat yang perlu digali dan diambil contohnya untuk dinukili dan diwar-warkan kepada manusia. Sekian terima kasih Wassallam.


Kepentingan Pendidikan Seni

Oleh : Puan Mesna Abd. Rahman
Ketua Panitia Pendidikan Seni SMK Jelai (Felda)

Pendidikan berkait rapat dengan kreativiti dan pemikiran kreatif. Pendidikan Seni dalam Kurukulum Bersepadu Sekolah Menengah, bermaksud seni tampak yang bertujuan melahirkan warganegara berbudaya, khususnya individu yang kreatif, berpengetahuan dalam bidang seni, mempunyai kemahiran mencipta dan peka terhadap ciri estetik.

Kurikulum Pendidikan Seni melibatkan perasaan estetik, daya kreatif pelajar melalui penjanaan daya intuisi, persepsi dan konsepsi, juga boleh mewujudkan rasa kepuasan dan kesedaran terhadap bakat serta kemampuan diri pelajar. Pelajar yang mengikuti program Pendidikan Seni akan menjadi lebih peka dan perasa, bersikap sederhana dan mampu mengamalkan pertimbangan kesenian dan kesempurnaan dalam mengendalikan kehidupan. Pendidikan Seni juga mampu meningkatkan kualiti berfikir . Pengetahuan dan kemahiran Pendidikan Seni melalui penjanaan idea, penerokaan unsur, inkuiri, integrasi maklumat serta idea, pengolahan simbol nyata atau abstrak dan melihat sesuatu dari pelbagai perspektif, menjanjikan satu peningkatan kualiti berfikir serta bertindak secara rasional dan fleksibel.

Pendidikan Seni merupakan satu disiplin yang merentas kurikulum dan boleh dikatakan sebagai asas kepada mata pelajaran lain. Pelajar yang didedahkan dengan Pendidikan Seni berasa lebih senang dan yakin apabila berdepan dengan tugasan dalam mata pelajaran lain terutamanya yang melibatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Kefahaman menerusi visual tentunya lebih mudah daripada penghafalan fakta menerusi catatan berjela. Peta minda yang digrafikkan secara mudah lebih berkesan untuk menyatakan sesuatu konsep atau penerangan yang sukar. Prinsip dalam Pendidikan Seni berupaya memenuhi tuntutan dalam masalah ini.

Pendidikan Seni juga selari dengan konsep pembelajaran seumur hidup (learning throughout life) yang dikatakan sebagai salah satu syarat untuk menghadapi dunia abad ke-21. Pendidikan Seni merupakan satu disiplin yang mengaplikasikan ilmu dengan kemahiran. Pelajar belajar melalui tindakan membuat (learning by doing), yang kemudiannya kelak dapat dilanjutkan kepada learning to be dan learning to live together, apabila tiba masanya untuk berada dalam masyarakat dan pasaran kerja. Asas ini dibina dalam pengajaran Pendidikan Seni terutamanya dalam membentuk pemikiran tinggi. Sebagai contoh awal, proses mereka bentuk dalam Pendidikan Seni, melibatkan pelajar melalui beberapa proses berfikir dan bertindak seperti : Pengenalpastian masalah
Menentukan keperluan, lakaran situasi atau masalah. Penjelasan tentang perkara utama dan limitasi serta persolan yang sepatutnya dapat dijelaskan. Kajian dan Penyelidikan

Aspek persekitaran, ergonomik, masa, faktor keselamatan, kekuatan, bentuk, bahan, kos dan pembuatan serta pelbagai sumber.
Idea dan cara penyelesaian – dilakukan secara lakaran beberapa idea dan penyelesaiannya.

Perkembangan – memperincikan idea bersama lakaran dan huraian. Bekerja dengan idea yang telah dikenal pasti bagaimana bahagian-bahagian dipasang (kalau ia model). Mungkin carta aktiviti atau carta produksi diperlukan pada peringkat ini. Foto atau lakaran visual yang menampakkan pelbagai persepsi juga boleh membayangkan kegiatan seterusnya menjadi lebih jelas.
Proses membuat.
Proses dan teknik.

Percubaan dan Penilaian Membandingkan spesifikasi asal dengan senarai fungsi. Mencatat sebarang masalah yang timbul sepanjang kegiatan.
Mencuba. Membuat rumusan.
Apabila melihat proses mereka bentuk yang disenaraikan, nyatalah bahawa Pendidikan Seni mementingkan aplikasi ilmu dengan kemahiran. Dalam proses tersebut juga, inovasi teknologi yang merangkumi tiga tahap digabungkan. Gabungan tersebut ialah idea yang kreatif, aplikasi secara praktikal dan penerimaannya terhadap masyarakat. Ini dikaitkan dengan maksud kreatif yang menekankan sesuatu yang unik, baru dan bermakna, dalam konteks norma kita sendiri.

Melalui informasi teknologi dalam Pendidikan Seni, idea yang banyak dapat dilahirkan dan pelbagai. Ini akan membantu pelajar menghasilkan ciptaan terbaru dengan mudah, tepat, cepat, dan menarik. Namun, sebagai suatu disiplin yang mengutamakan daya imaginasi dan kreativiti ketika pembentukan konsep dalam minda, yang harus dijelmakan dalam bentuk visual secara manual, pelajar tidaklah diketepikan ilmu untuk mendapatkan kemahiran tertentu dan sebaliknya hanya menggunakan teknologi moden seperti komputer melakukan segala-galanya. Komputer, dalam hal ini adalah sebagai tool atau kadang-kadang sebagai tutee bagi memudahkan cara melaksanakan kegiatan Pendidikan Seni. Banyak pakar yang berpendapat bahawa pendidikan yang berkesan sepatutnya dilakukan secara bersepadu, sama ada dengan memenuhi tuntutan pelajar melalui ikutan, analisis logik, kemahiran mengaplikasi ilmu seni, dan sebagainya.

Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang mengarah kepada suasana riang dan ria serta mengundang minat pelajar akan membangkitkan semangat ingin melakukan sebarang kegiatan pembelajaran dengan baik. Penyelesaian masalah merupakan satu kaedah yang berkesan dalam Pendidikan Seni kerana ia bukan sahaja melibatkan tingkah laku ingin tahu pelajar tetapi juga berkait dengan perasaan pelajar yang menjurus kepada Learning is fun.

Konsep pengajaran bersepadu dalam Pendidikan Seni telah diperjelaskan dalam Sukatan Pelajaran yang dapat disimpulkan bahawa ia merangkumi domain yang dihasrat secara bersepadu melalui pendekatan yang terancang. Pendekatan yang terancang dan terarah ini berteraskan objektif pencapaian iaitu, ekspresi kreatif, penggubahan, penghasilan dan persembahan, persepsi estetik, pertimbangan estetik, warisan budaya kraf, dan seni tampak. Justeru, Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang terkandung hasrat murni di dalamnya dapat direalisasikan melalui subjek Pendidikan Seni.

( Disesuaikan daripada Seminar Pendidikan Seni oleh Encik Mat Desa bin Mat Radzi, Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan






Produk Baru
Setelah membuat beberapa ujian dan juga kajian terhadap produk baru, tiba masanya untuk saya membuat persediaan menyiarkan alat gold detector. Ianya produk paling lama dalam R&D kerana saya ingin memastikan keberkesanan alat ini dalam pelbagai keadaan dan situasi yang kita tidak ketahui. Walaupun alat ini biasa-biasa saja dan boleh diperolehi dan dibeli di tempat lain, bagi saya ini adalah produk tempatan dan versi Malaysia punya.

Pada permulaan versi, alat ini mengalami masalah yang sukar untuk saya kesan kerana ketidak stabilan pengesan ini mengesan material logam dan yang paling penting adalah emas. Disebabkan itu saya namakan gold detector. Bukan sekadar mengesan emas tetapi tugas utamanya adaah mengesan material logam. Agak keterlaluan pula rasanya jika saya katakan alat ini boleh mengesan emas semata-mata. Untuk kesan paip dalam tanah pun boleh juga. Mengesan material logam dalam tanah seperti duit syiling, kunci, rantai besi dan sebagainya.



Alat ini telah diuji dan saya membiasakan mengguna alat ini dan dibawa ke mana-mana. Kini saya sudah ada hobi baru bersama rakan-rakan menubuhkan satu kelab untuk gold detector. Lokasi permulaan adalah di pantai PD. Waktu operasi adalah malam sebab waktu siang panas dan boleh menjadi perhatian orang ramai. Gold detector ini kalis air dan boleh mengesan di dalam air paras lutut atau paha. Lebih dari paras paha tak boleh. Tahap kedalaman pengsan lebih kurang 6 inci dan kekuatan boleh dilaras pada VR yang dipasang pada control unitnya.

Sekarang saya buka jualan dan tempahan untuk alat gold detector ini. Namun begitu jualan atau tempahan adalah terhad kepada beberapa unit sahaja. Memandangkan saya akan jual alat ini kepada ahli kumpulan sahaja selepas ini, pengeluaran dan penjualan akan dihadkan. Harga untuk alat ini adalahRM700.00 sahaja. Namun begitu beberapa member dan rakan kongsi mencadangkan untuk dijual pada harga RM1300.00 untuk setiap unit. Ini kerana fungsi dan juga keberkesanannya. Bagi saya RM700.00 sudah memadai.

.


KREATIVITI

 Setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif (Lowenfeld, 1975)
 Guilford (1964) menerangkan bahawa intelektual/minda mempunyai 5 bentuk oprasi
i. Kognitif/cognition – menerima & memproses maklumat
ii. Memori/memory – menyimpan/mengigat maklumat
iii. Pemikiran korvergen – keupayaan pemikiran penyelesaian masalah secara khusus
iv. Pemikiran divergen – kebolehan pemikiran yang bersifat pelbagai/bercapah – selari dengan pemikiran kreatif
v. Penilaian – pertimbangn bagi sesuatu tindakan

Pengertian Kreatif
1. Bahasa Latin – “creare” bermaksud “membuat”
2. Bahasa Greek – “creare” bermaksud “memenuhi”
3. Kamus Dewan – kemampuan/kebolehan mencipta/menghasilkan & mengembangkan sesuatu idea baru/asli
Bagaimanakah lima cara untuk melihat kreativiti seseorang?
 Boleh menghasilkan/idea yang baru & unik/asli
 Boleh memberikan alternatif di dalam menyelesaikan masalah
 Boleh memikirkan kemungkinan-kemungkinan daripada sesuatu tindakan
 Boleh menyesuaikan diri/sanggup menghadapi cabaran dengan positif
 Bersikap anih/kelakar/gila-gila
 Berfikir di luar kotak
Pandangan Tokoh-Tokoh Seni Visual mengenai Kreativiti
E. Paul Torrance
Tersohor dalam bidang/kajian kreativiti
 Beliau mencadangkan Ujian IQ bukanlah satu-satunya cara mengukur daya intelektual seseorang
 Beliau memperkenalkan instrumen untuk menguji tahap kreativiti sesseorang menggunakan “Torrence Test of Creative Thinking”

June King McFee
 Mentakrifkan kreativiti sbg keupayaan seseorang mencipta sesuatu yang baru/mampu mengolah idea baru/lain yang lebih bermakna
 Seni tidak terhad kepada hasil karya seni sahaja tetapi juga melibatkan pengalaman estetika
 Seni ialah satu bentuk komunikasi yang dipengaruhi oleh konteks budaya

Carl Rogers
5 faktor asas individu yang sihat;
1. Keterbukaan kepada pengalaman
2. Cuba menikmati kehidupan yang dialaminaya
3. Menghargai diri sendiri
4. Mengamalkan kebebasan
5. Menjadi individu yang kreatif

Victor Lowenfeld
 Beliau telah membangunkan teori “Lowenfeld Stages of Artistic development”
 Dua sekatan/halangan perkembangan kreativiti;
1. Faktor Psikologi/emosi – murid/kanak-kanak tidak mendapat jawapan yang sewajarnya – serik untuk bertanya

Victor Lowenfeld
Beliau menjelaskan bahawa kreativiti murid boleh diukur melalui 4 komponen utama;
2 Kelancaran/ Fluency
 idea spontan
 Boleh mengaitkan satu perkara dengan perkara lain
 Boleh memikirkan kemungkinan terhadap idea tersebut
 Berupaya mengintegrasikan kemungkinan-kemungkinan/alternatif kepada penyediaan masalah
Fleksibel/Flexibelity
 Bertolak ansur/ semangat toleransi
 Boleh menyesuaikan diri
 Sanggup/bersedia menghadapi cabaran dengan fikiran terbuka
3. Keaslian/Originality
 Sentiasa cari idea baru/asli
4. Kepekaan/Sensitivity
 Mempunyai daya kepekaan yang tinggi terhadap rakan sebaya/ciptaan/estetika
 Menggunakan semua deria pacaindera untuk membuat pengamatan/merekod

TAHAP PERKEMBANGAN KREATIVITI

Perkembangan Kreativiti Fisher (1943)

5 Tahap dalam Pemikiran Kreatif;
1. Peringkat Rangsangan – beri soalan kritikal/boleh mendorong perasaan ingin tahu
2. Peringkat Penerokaan – pelajar cuba mencari jawapan terhadap soalan yang telah diberikan / pelajar kreatif akan cuba pelbagai cara, gaya, teknik.
3. Peringkat Perancangan – melalui perancangan secara verbal & visual
4. Peringkat aktiviti – lakukan tindakan berdasarkan persoalan ‘ bagaimana harus kita mengambil tindakan ke atas cadangan tersebut
5. Kajian Semula – membuat penilaian/refleksi terhadap keberkesanan tindakkan yang telah dijalankan - untuk tujuan penambahbaikan

Laura H. Capman
Beliau menyatakan;
 Proses kreativiti = proses penghasilan /artistik
 Guru PSV perlu menggunakan pelbagai cara dalam menghasilkan karya
 Guru PSV harus menguasai bidang


Laura H. Chapman mencadangkan 3 kaedah menghasilkan karya seni;

1. Kaedah Penjanaan Idea/Inception of Idea – tetapkan objektif/haluan/tujuan penghasilan karya
2. Pengolahan dan Pemurnian/Elaboration and Refinement – buat/baiki/buat sehingga menperolehi hasil yang terbaik
3. Kemahiran menggunakan bahan/Execution in a Medium – cuba pelbagai bahan untuk melihat kesesuaian/kesan

Calvin W. Taylor (1915-2000)
5 peringkat kreativiti;
1. Kreativiti Bersifat Ekspresif – berlaku secara rawak/bebas – peringkat awal kanak-kanak
2. Kreativiti Melalui Penghasilan – keupayaan murid menghasilkan karya/rekaan – perlu bimbingan guru untuk mengenal pasti kaedah/teknik yang betul/sesuai
3. Kreativiti Bersifat Inventif – keupayaan mencipta objek melalui eksprimentasi – guru perlu beri motivasi/galakaan supaya pelajar tidak bosan/putus asa
4. Kreativiti Bersifat Inovatif – modifikasi benda sedia ada kepada idea baru yang lebih bermakna
5. Kreativiti Bersifat Emergen – bentuk kreativiti tertinggi – keseluruhan prinsip formalditerjemahkan dan muncul di dalam bentuk abstrak dan mudah

Ciri - Ciri Individu Kreatif
• Berfikiran bebas
• Logic
• Bersifat fleksibel
• Bersifat
• Gagasan idea yang asli dan tulen
• Sensitiif dan peka



Strategi Merangsang Kreativiti
Kaedah Sumbangsaran (Brainstorming)

 Guru PSV boleh mengunakan kaedah ini bagi mengalakkan/merangsang pemikiran kreatif
 John Baer (1997) mengariskan 4 panduan semasa aktiviti sumbangsaran;
1. Elakkan membuat penilaian terutama semasa proses awal – terima semua cadangan/pandangan
2. Elakkan pemilikan idea oleh kumpulan dan individu tertentu – hanya beberapa orang dalam kumpulan mendominasi perbincangan
3. Menjelaskan kepada pelajar bahawa idea sedia ada boleh digunakan untuk tujuan penambahbaikan
4. Galakan memberi idea-idea yang luar biasa yang kadangkala tidak masuk akal
Teori Perkembangan Kreativiti Paul Torrance
 Beliau mencadangkan 7 cara meransang/penjanaan kreativiti seseorang individu;
1. Penyoalan – merangsang daya berfikir/ingin tahu
2. Penemuan – menggalakkan penemuan-penemuan terbaru melalui penyelidikan dan kajian
3. Pemerhatian – menggunakan pelbagai deria bagi mengetahui sesuatu
4. Percubaan – menggalakkan bereksperimentasi sehingga mendapat hasil yang terbaik
5. Penerokaan – eksplorasi/persekitaran
6. Memanipulasi – bagaimana pelbagai bahan/barangan/alat yang terdapat di sekeliling boleh dijadikan karya seni
7. Aktiviti Bermain – bermain untuk tujuan pembelajaran

Meningkatkan Motivasi
 Strategi/Saranan untuk guru PSV bagi meningkatkan motivasi pelajar dalam menyuburkan proses kreativiti;
1. Memilih Bahan dan Alat – beri kebebasan kepada pelajar menggunakan alatan/bahan yang digemari
2. Masa – jangan terlalu memaksa/berikan masa untuk berfikir/bereksperimentasi/meneroka
3. Rangsangan – pamerkan karya-karya terbaik dari masa ke semasa
4. P&P Fleksibel – terima pandangan/cadangan pelajar
5. Hormat Menghormati – hargai sumbangan/komitmen yang ditunjukkan oleh pelajar
6. Memberikan Galakan dan Motivasi – berikan semangat/ elakan kritikan yang keterlaluan
7. Penghargaan – Berikan penghargaan/markah yang setimpal